Followers
Thursday, 15 May 2014
Monday, 30 December 2013
Andalus in MEMORIES
Bismillahirrahmanirrahim.
Sollu ‘ala Nabbi alaihi salam. Semoga syafaat baginda ada untuk kita di akhirat
kelak. -Salam ambang Tahun Baru.
Kurang
dari 24 jam, tahun 2013 akan meninggalkan kita semua. Lalu, tahun 2014 akan
menjelma menandakan dunia kita semakin bertambah usianya. Apakah masih ada sisa
harapan untuk terus menambah bekalan ke akhirat kelak? Allahu.. Semoga diri ini
masih terus kuat untuk terus berlari & mampu beri manfaat buat Islam!
Bila
di ambang tahun baru, seringkali dilontarkan persoalan seperti, ‘apa azam baru?’, ‘apa azam lepas yang tak
tertunai?’, ‘ada azam baru atau sama dengan azam yang lepas?’.
Andai
ditanya, jawapan saya hanya satu, yakni semoga Allah akhirkan umur saya dalam
keadaan yang benar-benar solehah, yang benar-benar beriman. Sungguh, itu impian
saya. Itu azam saya, yang barangkali bukan sahaja disematkan setiap kali tahun
Masihi & Hijri berubah, malah di setiap sujud akhir solat, saya pinta pada
Pemilik Nyawa saya. Saya yakin, Dia Maha Mendengar!
Sebagai
penutup tirai 2013, suka saya untuk kita sama-sama teropong serta perhalusi kembali
1302 tahun yang lepas, yakni dalam lingkungan tahun 711 Masihi hingga 755
Masihi. Apa yang berlaku waktu itu? Sejarah apa yang membanggakan Umat Islam
ketika itu? Adakah ketika itu Kelab Barcelona & Real Madrid telah
didaftarkan? Apakah ibrah serta pengajaran yang boleh kita ambil?
Saya
yakin, tak ramai dari generasi Y yang mampu menjawab apakah kisah di sebalik
tahun 711M itu. Solusinya, mari sama-sama kita berkongsi cerita. Andai kita
generasi Y pun lemah dalam mengingati sejarah, apakah yang akan berlaku pada
generasi X dan generasi akan datang?
...............................................................................................................................
Ramai yang tidak
mengetahui betapa Andalusia (Sepanyol/spain) dahulu begitu istimewa dan unik. Pada ketika itu, sejarah melakarkan
tamadun di Andalusia merupakan
‘pemerintahan Islam yang hebat!’. (711-194)
Secara
integralnya, para sejarawan bersepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke
Sepanyol adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad. Di mana, sebelum itu wilayah
Sepanyol dimonopoli secara rakus oleh golongan bangsawan (noble lord) sehingga
berlaku penindasan terhadap golongan bawahan. Krisis ini menyebabkan ramai
rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran negara mereka.
Kesannya menyebabkan banyak tanah pertanian terbiar beku, industri-industri
terpaksa ditutup sekaligus melumpuhkan ekonomi Andalusia.
Menyedari
kepincangan itu, Gabenor ‘Visigothic’ (Visigoth) iaitu Count Julian berpaling
tadah dan menentang Raja Don Roderick, malah beliau turut bekerjasama dengan
Tariq ibn Ziyad untuk mengembalikan keadilan di wilayah tersebut. (Ada yang
mengatakan, tindakan Julian itu ada kaitannya dengan tindakan Don Roderick yang
telah merogol isteri & anak perempuannya).
Tariq
ibn Ziyad memimpin pasukan Islam yang ketika itu jumlahnya hanya 7000 orang,
berdepan pula dengan tentera Don Roderick yang berjumlah seramai 100000 orang.
Secara
ringkasnya, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam dan sekaligus telah
membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalusia sehingga Tariq
dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Teledo. Kemenangan demi kemenangan
dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi
Eropah termasuk Bandar Zarogoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah bandar
lain.
Sejak
dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah
penguasaan Bani Umayyah di Andalusia. Andalusia ketika itu berjaya mencipta
kegemilangan yang menakjubkan. Di kala Eropah dilanda Zaman Gelap tetapi
Andalusia terus bersinar dengan kemajuan dan kegemilangan yang dibawa oleh
Islam. (Sehinggakan ada sejarawan mengatakan bahawa Andalusialah yang telah
mencetuskan Zaman Renaissance di Eropah. Jika tidak kerana Andalusia, nescaya
Eropah akan terus berada di Zaman Kegelapan).
Pada
peringkat awal, pemerintah Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalusia
walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada di kalangan mereka
berbangsa Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat
dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna.
Diringkaskan,
hampir 800 tahun Andalusia melakarkan pemerintahan Islam yang begitu hebat dan
unik. Tempoh yang hampir 8 abad ini seharusnya membuka mata Umat islam di
seluruh dunia. Malah, tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun
Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di
Andalusia (tak terlampau untuk saya katakan, berjayanya mereka [Barat] di
Andalusia sekarang hakikatnya terhasil dari kecemerlangan Tamadun Islam itu
sendiri!). Nampak kan? Kini genap 520 tahun kejatuhan kuasa Islam di Andalusia,
masyarakat Barat telah menikmati dengan nikmatnya keunggulan tamadun yang dibina oleh tangan orang-orang Islam.
Ketika
itu dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya
tokoh-tokoh islam yang hebat seperti Ibn Hazm, Ibn Rushd, Ibn Bajjah, Ibn Zuhr
dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh Filosof
terkenal Thomas Aquinas dan Maimonides, iaitu seorang ahli teologi yang pernah
terkenal di Andalusia ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa
Yahudi.
NAMUN
begitu, langit tidak selalunya cerah, kejayaan dipuncak pasti akan melalui
tempoh kejatuhan suatu hari kelak. Kejayaan yang dibina Andalusia semakin lama
semakin menyusut & menunjukkan Era kejatuhannya mula menghampiri. Kegagalan
umat islam mempertahankan kedaulatan Andalusia telah menjadi sempadan yang
pahit untuk dirungkai .
NAMUN,
kejatuhan Andalusia tidak berlaku sekelip mata, tetapi ia melalui proses yang
panjang. Perjalanan kejatuhannya bermula apabila pemerintahan Andalusia dijuzu’kan
kepada kerajaan-kerajaan kecil akibat dari kelemahan kepimpinan utama. Lebih
tepat disimpulkan, ianya rentetan daripada kelemahan pemimpin di kalangan Bani
Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah Al-Mustansar Billah
(betulkan andai saya tersilap).
Andalusia
yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah
kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai
Muluk Al-Tawa’if, ia wujud disebabkan semangat puak serta sikap fanatik terhadap
bangsa. Mereka mula tidak berpegang kepada semangat ukhwah Islamiyyah &
seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.
Akibatnya,
Cordova (yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai Al-Qurtubah) merupakan
bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke
atas golongan Kristian (Raja Ferdinand). Penyerahan wilayah terakhir ini
terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Sultan
Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk.
Ringkasnya,
tanggal 2 Januari 1494 Masihi, Sultan Abu Abdullah telah menyerahkan Wilayah
Granada kepada Raja Fernidand V rentetan akibat beliau tidak mampu lagi menahan
serangan-serangan tentera Kristian. Penyerahan Wilayah Granada menandakan berakhirnya
penguasaan umat Islam ke atas tanah Andalusia. Pada tahun 1609 M, boleh
dikatakan tidak ada lagi umat Islam di daerah ini. Namun, Al-Hambra tidak
dihancurkan oleh orang Kristian kerana ianya merupakan peninggalan terhebat.
-AL HAMBRA CASTLE- |
KINI,
saat kegemilangan Andalusia di bawah pemerintahan Islam sudah tiada. Yang
tinggal hanyalah sejarah! Sejarah untuk dikenang, sejarah untuk dijadikan
pengajaran/ibrah dan sejarah yang hanya tinggal sejarah. Hanya tangisan yang sayu
bergema tatkala mengenangkan Andalusia.
...............................................................................................................................
RASA
sebak apabila mengenangkan kronologi Era kegemilangan Andalusia sehingga Era
kejatuhannya. Pengalaman naif ini perlu kita pelajari & jadikan ianya satu
sempadan agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan lampau. Secara peribadinya,
mustahil untuk kita perbaiki sejarah Andalusia untuk manfaat wilayah itu, NAMUN
yang pastinya pengalaman serta ibrahnya dapat diperolehi bagi manfaat kita
semua serta generasi kini & akan datang.
Saya
pasti buat mereka yang pernah menjejak kaki di sana serta mengetahui sejarah
Andalusia suatu ketika dahulu, akan merasa sayu serta sebak apabila
mengenangkan segalanya. Dahulunya gah & dipenuhi orang Islam di serata
wilayah. Namun kini, orang-orang Kristian yang bermonopoli wilayah tersebut.
NAMUN,
dengan izin Allah, insyAllah suatu hari nanti bumi Andalusia pasti kembali gemilang
dengan cahaya kemilangan Islam!
-Sang Perindu-
Tuesday, 15 October 2013
'Eid Adha 1434H
Salam ceria, Salam Oktober & Salam penuh kasih sayang. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa ada untuk kita, hamba-hambaNya yang sentiasa kerdil dan hina.
Today 15 oct 2013 bersamaan 1 DzulHijjah 1434H, antara hari yang cukup bermakna buat kita semua umat Islam. Hari raya korban @ Hari raya Eid Adha. Di mana hari memperingati peristiwa besar sekaligus mendalami erti pengorbanan yang sebenar.
Namun, generasi Y sekarang lebih memahami erti korban ini dengan melakukan korban haiwan. Aneh bukan? Mereka lebih menjiwai hari yang bermakna ini dengan konsep penyembelihan haiwan-haiwan untuk dikorbankan.
Saya rasa, kalau disoalkan kepada generasi Y yang ada sekarang ni, belum tetntu semua dapat menjawab apa peristiwa yang berlaku di sebalik hari meraikan korban ini. Bahkan mungkin juga mereka tidak tahu siapa nama anakanda yang disembelih oleh ayahandanya sendiri, Nabi Ibrahim.
Subhanallah, kental sungguh jiwa seorang ayah apabila diperintah oleh Allah ws.w.t agar disembelih anaknya. Barangkali zaman sekarang ni, 1 dalam 1000 orang ayah belum tentu mampu lakukan seperti Nabi Ibrahim a.s tersebut.
...................
Menu keluarga saya untuk raya 'Eid Adha kali ni sama seperti raya-raya lepas, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, bihun sup dsbg. Cuma untuk tambah special, saya buat puding putih-pink (x tau nak bagi nama apa ^_^ )
Comel kan warna ni? |
Semoga kita berkesempatan untuk 'Eid Adha akan datang, insyAllah.
Monday, 7 October 2013
Salam sayang untuk diriku
Astagfirullah,
Astagfirullah,
Astagfirullah..
Tomorrow 7st Oct 2013, Tuesday.
Semoga Allah membantuku memperbetulkan segalanya. Ku mohon keampunanMu di atas segala kesilapan dan kekhilafanku di sepanjang usia pinjamanMu ini. :-'(
Sungguh, aku malu!
Ya Ilahi,
Selamatkanlah jiwaku, jasadku dari terus hancur kalah dek bahana nafsu yang sering mengujiku.
Sejak akhir-akhir ini banyak sungguh ujianMu datang, barangkali itu cara Engkau mentarbiyahku (mendidik). Atau jua, kafarah dosa-dosa lampau. Terima kasih Tuhan atas rasa pada hari ini biarpun aku malu denganMu. :-'(
Yang pasti,
Aku tidak tahu bila Malaikat Maut akan menjemputku.
Maka,
izinkanlah untuk aku untuk berubah kepada yang lebih baik agar aku bisa merasai Halawatul Iman! Agar aku bisa merasai indahnya menjadi orang baik. Agar aku bisa menjadi anak yang solehah buat ibu ayahku. Agar suatu hari nanti suamiku bahagia punyai isteri yang solehah di sampingnya. Agar aku bisa mendidik khalifah-khalifahku menjadi persis aku yg ditarbiyahMu!
Tuhan, izinkan aku! Bantu aku! Tarbiyahlah aku!
Marriage is not about LOVE, it's about making UMMAH
Assalammualaikum,
Salam serumpun kasih buat kita semua ;)
Berbahagialah buat kalian yang punya rasa untuk mencintai yang halal, mengasihi dengan menambah pahala untuk bersama-sama di syurga kelak & punyai peluang untuk berkongsi segala rasa bersama pasangan halal!
Tidak putus-putus utusan jemputan dari sahabat handai ke walimatul urus mereka :') Saya tumpang gembira, mendoakan yang baik-baik untuk kalian.
Marriage is not about love, it's about making ummah. Semoga Allah permudahkan kalian semua dalam meng'kilang'kan jundullah. Ahhh, tetiba rasa sebak! (InsyAllah masa itu akan sampai).
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta untukmu isteri-isteri dan jenismu sendiri supaya kamu merasa damai & tenang dengannya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih sayang..." - Surah Ar-Rum 2.
Janji dipatri bukan untuk dimungkiri
Setia dicipta bukan untuk dicurangi
Harapan dibina bukan untuk dikhianati
Namun fitrah manusia yang serba lemah ini
Memungkiri janji sudah tidak berbisa
Mencurangi kesetiaan sentiasa tega
Mengkhianati harapan telah tegal biasa
Berfikirlah untuk sesuatu yang lebih perlu
Lantaran waktu yang tidak menunggu
Untuk kita menyedari yang mana benar yang mana palsu
Bergantunglah kepada yang Satu
Agar jiwa dan raga bisa berpadu
Serta mampu bertahan di balik tugu yang tidak berbatu
Wallahu'alam
~Sang Perindu~
Monday, 2 September 2013
2 September 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Kasih sayang, ,mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa menaungi kita semua..
Hari ini, genap 2 bulan saya pulang ke Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajian di Mu'tah's University, Jordan. Genap 2 bulan juga saya bersantai di rumah tanpa sebarang pekerjaan (baca MENGANGGUR). =)
Ada beberapa tawaran mengajar yang saya terima, cuma ada sedikit kengkangan yang menyebabkan saya memilih untuk bersantai dahulu di rumah ku syurga ku. ehee :)
Opsss....
Hakikatnya, orang seperti saya ini andai diberi peluang mengsi kekosongan di mana2 Syarikat Penerbitan, MESTI sering ter'delay' posting2 di website. hehe. Lihat sajalah blog biru ini yang terbiar dipenuhi sawang, habuk menutupi tajuknya & hampir sahaja lalat menghurungi mayat2 Ilmu yang tidak bercambah.. :)
Dear readers (jika ada),
Sejujurnya, bukanlah disebabkan MALAS yang menyebabkan saya biarkan blog ini tidak ter'update'. Atas beberapa kelemahan & kecuaian, saya terlepas pandang pasword blog Azzukruf ini. Thanks untuk kebaikan seorang sahabat dalam mendapatkan kembali pasword tersebut baru2 ini. Alhamdulillah, semoga Allah membantu saya untuk terus istiqamah dalam penulisan.
*Erti menghayati kebaikan insan lain dalam kehidupan..
Friday, 12 October 2012
* Hakikat Kehidupan *
Hati merintih derita,
Jiwa menangis sedih,
Akal mengeluh letih..
Namun,
Hakikat kehidupan tidak akan berubah,
Yang perlu diubah,
Adalah diri yang menghadapinya..
Hati memilih jalan,
Akal memulakan langkah,
Iman meluruskan arah..
Sertailah setiap langkahku ya Rabbi.. |
Ya ALLAH, kesukaran merentas mehnahMU, membuatkan aku lebih tegar berdiri, meniti & mencari
redhaMU yang satu.. Jadikan kesukaranku ini sebagai tarbiyyah di
sebalik ilusi, tidak tersingkap oleh tadbir akal & kecetekan ilmu..
walaupun aku kalah, namun aku tidak rebah |
Ya Rabbi,
Alihkan kegetiran ini resapnya jauh ke bumi,
Jauhnya melangit tinggi,
Dalamnya sejurang gunung,
Tidak terlihat di majazi..
Tuhan,
anugerahkanlah iman untuk menghadapi setiap cubaan yang menanti,
Mudahkan rantai perjuangan ini,
Selantera aku merindui kasihMU yang tidak berbelah bahagi..
Duhai si gadis berblog biru,
Memberilah tanpa mengharapkan balasan,
Memberi dengan rasa kasih akan mampu tersenyum walau pemberianmu tidak pernah dihargai,
Memberi kemaafan dengan penuh keikhlasan,
Memberi dengan rasa lapang hati walaupun balasannya hanya dilukai,
Hidup kita hanya sebentar ,
kematian yang abadi,
Hidupkanlah kematian dalam diri untuk hidup yang abadi,
Abadi dalam mengejar cinta abadi..
Alirkan kegetiran ini jauhnya meresap ke penghujung sana |
Duhai Atiqah,
Tinggi manalah ego kita dibandingkan agungnya dia.. Besar manalah terkilan kita dengan celuparnya mulut & gelagat seorang manusia dibandingkan dengan besarnya derhaka kita kepada DIA.. Banyak manalah kebaikan kita yang tidak dihargai
jika dibandingkan dengan banyak benar nikmatNYA yang kita tidak
syukuri.. Yang memaafkan, yang mula menghulurkan kedamaian, walau kalah
di mata insan, walau hina di mata syaitan, walau ditertawa kawan &
lawan, percayalah, kau tetap yang tertinggi di sisi Ar-Rahman, Yang Maha
Cinta..
Lari dari masalah, bukan jalan penyelesaian |
Subscribe to:
Posts (Atom)