Followers

Thursday 15 May 2014

Burung PIPIT and ME

16 Rejab 1435 H.
Taiping, Perak.


Bismillahirrahmanirrahim. Salam Penghulu Hari, Salam yaumul Jumuah.


Pernah suatu ketika dahulu [sebelum berkeputusan untuk buat a one blog], saya berfikir, bermanfaatkah blog ku ini? Akan memberi something good ke untuk reader [if ADA]. Memandangkan saya bukan berseni orangnya, apatah lagi untuk bermadah-madah, jauh sekali pandai menyampaikan cerita yang indah untuk ditatap.


NAMUN,


Saya cuba reset minda negatif itu. Biarpun tiada yang membaca kisah-kisah blog ini, meskipun tiada yang follow di sini, walaupun penulisan saya seolah karangan budak sekolah, saya cuba berfikiran POSITIF. Mungkin ada 1 dalam 1000 yang akan mengambil manfaat dari blog ini. Mungkin dari sejuta orang ada dua tiga orang yang akan terbuka hatinya menyintai Islam dan seisinya.


Sifirnya, saya berUSAHA. Kan?


Teringat kisah seekor burung pipit yang membawa sedikit air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Walaupun burung sekecil itu sendiri tahu bahawa dia tidak mampu untuk menyelamatkan Nabinya, namun itulah tandanya ia berusaha. Berusaha membawa beberapa titik air di paruhnya dengan niat untuk memadamkan api itu. Malah, bila habis air diparuhnya, dia berpatah balik untuk megambil air yang lain. Berkali-kali. Nah, itu menandakan dia berUSAHA kan?


Salam Jumuah buat semua ;)