Followers

Monday 30 December 2013

Andalus in MEMORIES

Bismillahirrahmanirrahim. Sollu ‘ala Nabbi alaihi salam. Semoga syafaat baginda ada untuk kita di akhirat kelak. -Salam ambang Tahun Baru.

Kurang dari 24 jam, tahun 2013 akan meninggalkan kita semua. Lalu, tahun 2014 akan menjelma menandakan dunia kita semakin bertambah usianya. Apakah masih ada sisa harapan untuk terus menambah bekalan ke akhirat kelak? Allahu.. Semoga diri ini masih terus kuat untuk terus berlari & mampu beri manfaat buat Islam!

Bila di ambang tahun baru, seringkali dilontarkan persoalan seperti,  ‘apa azam baru?’, ‘apa azam lepas yang tak tertunai?’, ‘ada azam baru atau sama dengan azam yang lepas?’.

Andai ditanya, jawapan saya hanya satu, yakni semoga Allah akhirkan umur saya dalam keadaan yang benar-benar solehah, yang benar-benar beriman. Sungguh, itu impian saya. Itu azam saya, yang barangkali bukan sahaja disematkan setiap kali tahun Masihi & Hijri berubah, malah di setiap sujud akhir solat, saya pinta pada Pemilik Nyawa saya. Saya yakin, Dia Maha Mendengar!

Sebagai penutup tirai 2013, suka saya untuk kita sama-sama teropong serta perhalusi kembali 1302 tahun yang lepas, yakni dalam lingkungan tahun 711 Masihi hingga 755 Masihi. Apa yang berlaku waktu itu? Sejarah apa yang membanggakan Umat Islam ketika itu? Adakah ketika itu Kelab Barcelona & Real Madrid telah didaftarkan? Apakah ibrah serta pengajaran yang boleh kita ambil?

Saya yakin, tak ramai dari generasi Y yang mampu menjawab apakah kisah di sebalik tahun 711M itu. Solusinya, mari sama-sama kita berkongsi cerita. Andai kita generasi Y pun lemah dalam mengingati sejarah, apakah yang akan berlaku pada generasi X dan generasi akan datang?

...............................................................................................................................

Ramai yang tidak mengetahui betapa Andalusia (Sepanyol/spain) dahulu begitu istimewa  dan unik. Pada ketika itu, sejarah melakarkan tamadun di Andalusia merupakan  ‘pemerintahan Islam yang hebat!’. (711-194)

Secara integralnya, para sejarawan bersepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Sepanyol adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad. Di mana, sebelum itu wilayah Sepanyol dimonopoli secara rakus oleh golongan bangsawan (noble lord) sehingga berlaku penindasan terhadap golongan bawahan. Krisis ini menyebabkan ramai rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran negara mereka. Kesannya menyebabkan banyak tanah pertanian terbiar beku, industri-industri terpaksa ditutup sekaligus melumpuhkan ekonomi Andalusia.

Menyedari kepincangan itu, Gabenor ‘Visigothic’ (Visigoth) iaitu Count Julian berpaling tadah dan menentang Raja Don Roderick, malah beliau turut bekerjasama dengan Tariq ibn Ziyad untuk mengembalikan keadilan di wilayah tersebut. (Ada yang mengatakan, tindakan Julian itu ada kaitannya dengan tindakan Don Roderick yang telah merogol isteri & anak perempuannya).

Tariq ibn Ziyad memimpin pasukan Islam yang ketika itu jumlahnya hanya 7000 orang, berdepan pula dengan tentera Don Roderick yang berjumlah seramai 100000 orang.

Secara ringkasnya, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam dan sekaligus telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalusia sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Teledo. Kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zarogoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah bandar lain.

Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalusia. Andalusia ketika itu berjaya mencipta kegemilangan yang menakjubkan. Di kala Eropah dilanda Zaman Gelap tetapi Andalusia terus bersinar dengan kemajuan dan kegemilangan yang dibawa oleh Islam. (Sehinggakan ada sejarawan mengatakan bahawa Andalusialah yang telah mencetuskan Zaman Renaissance di Eropah. Jika tidak kerana Andalusia, nescaya Eropah akan terus berada di Zaman Kegelapan).

Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada di kalangan mereka berbangsa Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna.

Diringkaskan, hampir 800 tahun Andalusia melakarkan pemerintahan Islam yang begitu hebat dan unik. Tempoh yang hampir 8 abad ini seharusnya membuka mata Umat islam di seluruh dunia. Malah, tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalusia (tak terlampau untuk saya katakan, berjayanya mereka [Barat] di Andalusia sekarang hakikatnya terhasil dari kecemerlangan Tamadun Islam itu sendiri!). Nampak kan? Kini genap 520 tahun kejatuhan kuasa Islam di Andalusia, masyarakat Barat telah menikmati dengan nikmatnya keunggulan tamadun  yang dibina oleh tangan orang-orang Islam.

Ketika itu dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh islam yang hebat seperti Ibn Hazm, Ibn Rushd, Ibn Bajjah, Ibn Zuhr dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh Filosof terkenal Thomas Aquinas dan Maimonides, iaitu seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalusia ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.

NAMUN begitu, langit tidak selalunya cerah, kejayaan dipuncak pasti akan melalui tempoh kejatuhan suatu hari kelak. Kejayaan yang dibina Andalusia semakin lama semakin menyusut & menunjukkan Era kejatuhannya mula menghampiri. Kegagalan umat islam mempertahankan kedaulatan Andalusia telah menjadi sempadan yang pahit untuk dirungkai .

NAMUN, kejatuhan Andalusia tidak berlaku sekelip mata, tetapi ia melalui proses yang panjang. Perjalanan kejatuhannya bermula apabila pemerintahan Andalusia dijuzu’kan kepada kerajaan-kerajaan kecil akibat dari kelemahan kepimpinan utama. Lebih tepat disimpulkan, ianya rentetan daripada kelemahan pemimpin di kalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah Al-Mustansar Billah (betulkan andai saya tersilap).

Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai Muluk Al-Tawa’if, ia wujud disebabkan semangat puak serta sikap fanatik terhadap bangsa. Mereka mula tidak berpegang kepada semangat ukhwah Islamiyyah & seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.
Akibatnya, Cordova (yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai Al-Qurtubah) merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas golongan Kristian (Raja Ferdinand). Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Sultan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk.
Ringkasnya, tanggal 2 Januari 1494 Masihi, Sultan Abu Abdullah telah menyerahkan Wilayah Granada kepada Raja Fernidand V rentetan akibat beliau tidak mampu lagi menahan serangan-serangan tentera Kristian. Penyerahan Wilayah Granada menandakan berakhirnya penguasaan umat Islam ke atas tanah Andalusia. Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di daerah ini. Namun, Al-Hambra tidak dihancurkan oleh orang Kristian kerana ianya merupakan peninggalan terhebat.

-AL HAMBRA CASTLE-

KINI, saat kegemilangan Andalusia di bawah pemerintahan Islam sudah tiada. Yang tinggal hanyalah sejarah! Sejarah untuk dikenang, sejarah untuk dijadikan pengajaran/ibrah dan sejarah yang hanya tinggal sejarah. Hanya tangisan yang sayu bergema tatkala mengenangkan Andalusia.
...............................................................................................................................
RASA sebak apabila mengenangkan kronologi Era kegemilangan Andalusia sehingga Era kejatuhannya. Pengalaman naif ini perlu kita pelajari & jadikan ianya satu sempadan agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan lampau. Secara peribadinya, mustahil untuk kita perbaiki sejarah Andalusia untuk manfaat wilayah itu, NAMUN yang pastinya pengalaman serta ibrahnya dapat diperolehi bagi manfaat kita semua serta generasi kini & akan datang.
Saya pasti buat mereka yang pernah menjejak kaki di sana serta mengetahui sejarah Andalusia suatu ketika dahulu, akan merasa sayu serta sebak apabila mengenangkan segalanya. Dahulunya gah & dipenuhi orang Islam di serata wilayah. Namun kini, orang-orang Kristian yang bermonopoli wilayah tersebut.
NAMUN, dengan izin Allah, insyAllah suatu hari nanti bumi Andalusia pasti kembali gemilang dengan cahaya kemilangan Islam!

-Sang Perindu-

Tuesday 15 October 2013

'Eid Adha 1434H

Salam ceria, Salam Oktober & Salam penuh kasih sayang. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa ada untuk kita, hamba-hambaNya yang sentiasa kerdil dan hina.

Today 15 oct 2013 bersamaan 1 DzulHijjah 1434H, antara hari yang cukup bermakna buat kita semua umat Islam. Hari raya korban @ Hari raya Eid Adha. Di mana hari memperingati peristiwa besar sekaligus mendalami erti pengorbanan yang sebenar. 

Namun, generasi Y sekarang lebih memahami erti korban ini dengan melakukan korban haiwan. Aneh bukan? Mereka lebih menjiwai hari yang bermakna ini dengan konsep penyembelihan haiwan-haiwan untuk dikorbankan.

Saya rasa, kalau disoalkan kepada generasi Y yang ada sekarang ni, belum tetntu semua dapat menjawab apa peristiwa yang berlaku di sebalik hari meraikan korban ini. Bahkan mungkin juga mereka tidak tahu siapa nama anakanda yang disembelih oleh ayahandanya sendiri, Nabi Ibrahim.

Subhanallah, kental sungguh jiwa seorang ayah apabila diperintah oleh Allah ws.w.t agar disembelih anaknya. Barangkali zaman sekarang ni, 1 dalam 1000 orang ayah belum tentu mampu lakukan seperti Nabi Ibrahim a.s tersebut. 

...................

Menu keluarga saya untuk raya 'Eid Adha kali ni sama seperti raya-raya lepas, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, bihun sup dsbg. Cuma untuk tambah special, saya buat puding putih-pink (x tau nak bagi nama apa ^_^ )

Comel kan warna ni?


Semoga kita berkesempatan untuk 'Eid Adha akan datang, insyAllah.

Monday 7 October 2013

Salam sayang untuk diriku

Astagfirullah,
Astagfirullah,
Astagfirullah..

Tomorrow 7st Oct 2013, Tuesday.

Semoga Allah membantuku memperbetulkan segalanya. Ku mohon keampunanMu di atas segala kesilapan dan kekhilafanku di sepanjang usia pinjamanMu ini. :-'(

Sungguh, aku malu!

Ya Ilahi,
Selamatkanlah jiwaku, jasadku dari terus hancur kalah dek bahana nafsu yang sering mengujiku.

Sejak akhir-akhir ini banyak sungguh ujianMu datang, barangkali itu cara Engkau mentarbiyahku (mendidik). Atau jua, kafarah dosa-dosa lampau. Terima kasih Tuhan atas rasa pada hari ini biarpun aku malu denganMu. :-'(

Yang pasti,
Aku tidak tahu bila Malaikat Maut akan menjemputku.

Maka,
izinkanlah untuk aku untuk berubah kepada yang lebih baik agar aku bisa merasai Halawatul Iman! Agar aku bisa merasai indahnya menjadi orang baik. Agar aku bisa menjadi anak yang solehah buat ibu ayahku. Agar suatu hari nanti suamiku bahagia punyai isteri yang solehah di sampingnya. Agar aku bisa mendidik khalifah-khalifahku menjadi persis aku yg ditarbiyahMu!

Tuhan, izinkan aku! Bantu aku! Tarbiyahlah aku!

Marriage is not about LOVE, it's about making UMMAH

Assalammualaikum,
Salam serumpun kasih buat kita semua ;)

Berbahagialah buat kalian yang punya rasa untuk mencintai yang halal, mengasihi dengan menambah pahala untuk bersama-sama di syurga kelak & punyai peluang untuk berkongsi segala rasa bersama pasangan halal!

Tidak putus-putus utusan jemputan dari sahabat handai ke walimatul urus mereka :') Saya tumpang gembira, mendoakan yang baik-baik untuk kalian.
 
Marriage is not about love, it's about making ummah. Semoga Allah permudahkan kalian semua dalam meng'kilang'kan jundullah. Ahhh, tetiba rasa sebak! (InsyAllah masa itu akan sampai).

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta untukmu isteri-isteri dan jenismu sendiri supaya kamu merasa damai & tenang dengannya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih sayang..." - Surah Ar-Rum 2.


Janji dipatri bukan untuk dimungkiri

Setia dicipta bukan untuk dicurangi
Harapan dibina bukan untuk dikhianati
Namun fitrah manusia yang serba lemah ini
Memungkiri janji sudah tidak berbisa
Mencurangi kesetiaan sentiasa tega
Mengkhianati harapan telah tegal biasa

Berfikirlah untuk sesuatu yang lebih perlu
Lantaran waktu yang tidak menunggu
Untuk kita menyedari yang mana benar yang mana palsu

Bergantunglah kepada yang Satu
Agar jiwa dan raga bisa berpadu
Serta mampu bertahan di balik tugu yang tidak berbatu

Wallahu'alam

~Sang Perindu~

Monday 2 September 2013

2 September 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Kasih sayang, ,mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa menaungi kita semua..

Hari ini, genap 2 bulan saya pulang ke Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajian di Mu'tah's University, Jordan. Genap 2 bulan juga saya bersantai di rumah tanpa sebarang pekerjaan (baca MENGANGGUR). =)

Ada beberapa tawaran mengajar yang saya terima, cuma ada sedikit kengkangan yang menyebabkan saya memilih untuk bersantai dahulu di rumah ku syurga ku. ehee :)

Opsss....
Hakikatnya, orang seperti saya ini andai diberi peluang mengsi kekosongan di mana2 Syarikat Penerbitan, MESTI sering ter'delay' posting2 di website. hehe. Lihat sajalah blog biru ini yang terbiar dipenuhi sawang, habuk menutupi tajuknya & hampir sahaja lalat menghurungi mayat2 Ilmu yang tidak bercambah.. :)

Dear readers (jika ada),
Sejujurnya, bukanlah disebabkan MALAS yang menyebabkan saya biarkan blog ini tidak ter'update'. Atas beberapa kelemahan & kecuaian, saya terlepas pandang pasword blog Azzukruf ini. Thanks untuk kebaikan seorang sahabat dalam mendapatkan kembali pasword tersebut baru2 ini. Alhamdulillah, semoga Allah membantu saya untuk terus istiqamah dalam penulisan.

*Erti menghayati kebaikan insan lain dalam kehidupan..