[Entry ni ditype pada malam 28 ramadhan / 16 ogos 2012 di microsof word sebab tak de connection internet masa tu.. Terlupa nak publish, baru hari ni teringat nak publish :) ]
“Bersinarlah dikau laksana gemerlapnya bebintang dan
jangan kuatirkan kesedihan dan kegelapan yang datang..”
Alhamdulillah, Terima kasih Tuhan, kerana rahmatMU,
untai-untaian nikmatMU masih dapat ku rasa, nafas yang Engkau pinjamkan
untuk aku terus hidup di muka bumiMU ini, kaki yang Engkau anugerahkan
masih mampu untuk ku teruskan berjalan meredah permukaan dataran mencari
IlmuMU, dan pelbagai nikmatMU lagi yang ku kira masih belum terbalas
untuk aku menunjukkan erti syukur atas semuanya. Maafkan aku Rabbbi!
Izinkan aku untuk terus bernafas agar aku berkesempatan untuk membalas
semua kesyukuran itu..
Selamat Hari Lahir untuk pemilik blog ini :) Semoga dipanjangkan umur di dalam beramal Ibadah, dimurahkan rezeki senantiasa yang halalan lagi toyyiba & berjaya di dunia lagi-lagi di akhirat. Eh lagi satu, semoga dipertemukan dengan jodoh yang soleh :) [Jom amin banyak2! hehe]
SANAH HELWAH ATIQAH! |
Alhamdulillah, ini kali ke 2 tarikh ulang tahun kelahiran saya jatuh dalam bulan Ramadhan, bulan rahmat dan bulan segala bulan.
Harapan saya, semoga apa yang kalian doakan untuk saya itu, Allah kembalikan doa-doa itu pada kalian! Sungguh, secara jujur memang rasa gembira apabila membaca ucapan-ucapan dari kalian, itu menandakan kalian menghargai saya dalam hidup saya, meraikan apa yang berlaku dalam hidup saya. Namun, itu lebih kepada perasaan halus di hujung hati saya. Perasan yang lebih buat saya sebak ialah apabila saya membaca doa-doa kalian itu. InsyAllah, doa-doa itu saya harapkan agar Allah kembalikan kepada kalian! Semoga Allah mendengarnya!!
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa.”
[Hadith riwayat Al-Auza’i]
Al-kisah.......
Salam penuh kasih sayang bersulam keampunan saya
titipkan buat dua insan yang begitu bermakna dalam hidup saya, seorang
bagaikan nyawa, seorang lagi umpama jiwa yang setia menelan segala
perit, menahan setiap pedih membesarkan seorang insan sehina saya di
dunia ini. Kerana redha mereka yang menjadi jambatan saya melangkah
merentasi bumi Tuhan dalam mencari seribu satu kerahmatan yang tiada
terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih mak! Terima
kasih abah! Anak kalian sudah dewasa, namun dia masih mengharap doa
serta redha kalian hingga hujung nafasnya!
Sempena hari ulang tahun kelahiran saya kali ini, saya ingin menghadiahkan sebuah kisah sebagai peringatan kepada diri saya, mahupun sesiapa yang terbaca entry ini. Satu kisah yang berlaku antara Malaikat dan Penciptanya. Semoga kita sama-sama dapat merasai ibrahnya :)
Al-kisah.......
Kali
pertama bumi ini diciptakan, bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan
tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara
ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT…
“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.
“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?” Tanya para malaikat lagi.
“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah.
Setelah
itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi.
Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya
gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya.
Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan
Allah SWT.
Paku
merupakan benda keras yang dibuat dari besi. Setelah Allah menciptakan
paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melehkan besi”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api Ya Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?” Sambung malaikat.
“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.
Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada!
Iaitu nafas hambaku yang berdoa kepadaku. Kerana sesungguhnya DOA itu
mampu mengubah takdir.” Demikian Allah SWT menjelaskan.
Doa itu senjata orang mukmin! |
Saya amat tertarik dengan penjelasan akhir dari Allah, yakni, “DOA itu mampu mengubah takdir”.
Dan saya cuba jadikan prinsip dalam hidup saya. Mulakan sesuatu dan
akhirkan sesuatu dengan doa. Namun, jika kita memohon sesuatu dan
dikurniakan yang lain dari dipinta, usah mudah mengeluh, percayalah,
Allah sentiasa mengurniakan apa yang hambaNYA minta pada masa yang
sesuai. Yakinlah kalian, tidak semestinya apa yang kita inginkan itu
adalah apa yang kita perlu. Dia lebih mengetahui. Teruslah berdoa tanpa
ragu dan mengeluh. Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok. Allah
mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan
kepadaNya.
Untuk
akhirnya, Selamat beribadah di bulan Ramadhan, khususnya di akhir bulan
Ramadhan ini. Semoga kalian dapat meraih ganjaran2 yang tiada di bulan
lain! Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza. Salam sayang!
Kita bangga apabila pakaian kita cantik dari yang lain
Kita selesa apabila kita berada di atas dari yang lain
Kita teruja apabila kita lebih berjaya dari orang lain
Kita suka apabila kita terima lebih dari yang lain
Namun kita terlupa..
Mungkin pakaian itu tiada untuk yang lain,
Tetapi rezeki dari pinjaman Allah SWT
Mungkin kedudukan itu bukan untuk yang lain,
Tetapi rezeki pinjaman dari Allah SWT
Mungkin kejayaan itu belum untuk yang lain,
Tetapi rezeki pnjaman dari Allah SWT
Mungkin anugerah itu tidak untuk yang lain,
Tetapi rezeki pinjaman dari Allah SWT
Tidak salah untuk kita menikmati segala
PemberianNYA dengan tawa dan gembira.
Namun…
Jangan sesekali dibiarkan yang lain berduka dan nestapa tanpa terbela.
No comments:
Post a Comment