1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan
solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Di
situ ada sumber kejayaan & di situ ada sumber pertolongan & di situ jua
ada sumber taufiq.
2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan fahamilah setiap mesej-mesej yang ALLAH ingin sampaikan. Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit.Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli & lautan ilmu. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Selalulah berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Percayalah, dengan berzikir, kita akan ketemui ketenteraman & kedamaian..
3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri
untuk menguasai Bahasa Al-Quran. Berbicaralah walaupun hanya sepatah. Ayuh !!!
Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung
idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah
pertengkaran! Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu
tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling
banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya tetapi berpada-pada
sahaja.
6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan
berguraulah secara berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa
bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : "Berikan kerehatan
pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, Ubati dengan bergurau, Namun, Kalau
mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke
dalam gulai".
7) Wahai kawanku, Kawallah nada
suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi
seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman Al-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah
katanya suara keldai!!!
8) Wahai kawanku, Usahlah umpat
mengumpat!! Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Perkatakanlah kebaikan
demi kebajikan bersama. Sukakah kita jika memakan daging saudara kita
sendiri??!! Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat.
9) Wahai kawanku, Luaskanlah
interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat
demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk
sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan
ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang
berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor
suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
_
10) Wahai kawanku, Bijaklah dalam
menguruskan masa dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah
masa penunaiannya. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah,
kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : Bertindaklah segera melakukan amalan..(Diulang
7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah
berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..
Sekian, Terima kasih.