Followers

Monday 24 September 2012

:: Pengorbanan ke JalanMu, Ya Rabbi ::

Bismilahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah! Masih berkesempatan untuk terus bernafas di bumiNya.

Rindu. Rindu bau padang pasir Bumi Mu'tah, Dataran Syuhada'.

Lagi rindu pada mereka-mereka di sana. Mereka yang mengenalkan erti sekuntum ukhwah. Mereka yang mengajar makna sebuah hidup berpesatuan. Mereka yang sudi bersama-sama menyulam hidup di bawah satu bumbung meskipun berlainan ibu ayah. 

Itulah hakikat kehidupan anak perantau, jauh beribu batu dari keluarga.


'Tangguh Semester'

First of all, saya telah pun membuat keputusan untuk menangguhkan semester sesi 12/13 ni. Biarpun hakikatnya penangguhan ini merupakan semester yang terakhir. Lagi 1 semester je saya nak grad. Maka, macam-macam persoalan lah yang saya terima (terasa bangga bila orang tanye, tanda diorang ambil berat. haha). Antaranya :

 'Kenapa ukhti? Ada masalah kewangan ke?'

'Eh, sayangnya, kan tinggal 1 semester lagi..'

'Betul ke? Dah fikir masak-masak?'

'Orang lain semua nak cepat habis, die boleh lambat-lambatkan lagi..'

(^_^) Saya hanya mampu senyum menjawab soalan-soalan tersebut. Sambil senyum saya menjawab, 'insyAllah ada perancangan yang lebih besar..' 'Allah Sebaik-baik Pengatur rancangan' (Macam angkuh je kan orang yang menjawab ni..) hehe. Tapi, itulah hakikatnya. Manusia selagi ada mulut, macam-macam akan dicakapnya



'Tak Salah Berkorban Untuk Orang Lain'

Seriously, saya pun tak menjangkaukan yang saya akan tangguh semester. Berbaki 1 semester lagi kot untuk saya bergelar graduan Mu'tah's Universiti.




Huwaaa~ Rindunya nak belajar!


Namun, percayalah. Setiap yang berlaku ada sebab dan musabab.


So, sebab saya tangguh semester hanya berpaksikan 1 sebab je. Keluarga saya (yang diketuai ABAH, hihi) telah pun buat perancangan untuk menunaikan UMRAH & pusing-pusing Jordan pada awal tahun depan, around bulan 3 atau 4.


Jadi, otak saya telah berfikir, andai saya grad bulan 1 (macam yakin je kan) so pada bulan 4 tu saya telah pun berada di Bumi Malaysia (tak kan nak stay sampai 3 bulan kat sana without any else kan). Jadi, untuk memastikan saya berada di Bumi Jordan pada bulan 4 tu, haruslah saya grad pada bulan Mei. Sekurang-kurangnya saya masih memiliki Hawiyah (Kad Pelajar) bulan 4 tu........untuk memastikan saya memiliki segala keistimewaan travel sebagai seorang pelajar..


OH ya lagi 1, saya boleh memudahkan perjalanan umrah family saya memandangkan saya boleh bercakap arab (setakat nak sembang 2, 3 jam tu boleh lah, angkuh tak?). he~ Walaupun tahu mutawif ada, tap tak kan 24 jam mutawif (Agen Travel)  tu nak berkepit dengan peserta2 umrah kan?


Bijak tak saya buat keputusan? haha. Walaupun hakikatnya pada awal tak begitu merelakan keputusan ni. sobsobs. =( Yela, bila saya tangguh semester, secara automatik kawan-kawan saya akan grad awal berbanding saya. Tapi saya yakin, pengorbanan untuk kedua ibu bapa tiada nilai dengan pengorbanan mereka kepada anak-anak selama ni.. Kan kan?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab- kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." [ 9:111 ]


'Meniti Hari untuk Sampai ke Bulan April 2012'






Sesungguhnya sangat tidak sabar untuk sampai ke saat itu.


Semoga Allah memberi kesempatan kepada kami.


Semoga dipanjangkan umur dalam beramal Ibadah.


Amin!




Sayup je kan bila tengok ni? huhu sobs sobs
Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment