Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga saya dan kalian sentiasa di dalam rahmat Ilahi.
Semua
orang ada perasaan marah! Biarpun kadang-kadang penyebabnya hanya
sekecil-kecil perkara sahaja. Tapi, itulah mehnah serta cubaan daripada
Allah. Dia mengharapkan agar kita mampu mengawal kemarahan tersebut,
namun...! Kebanyakkannya, gagal mengawalnya..
Sifat
pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair [Takdir Allah telah putus dan takdir Allah telah terjadi. Kurangkan bercakap dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".]
Setiap
kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : "
Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang
berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging
panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan
Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak
kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya
Bagaimana caranya?
1)
Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab
kita.
2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau kita di dalam keadaan yang marah.
9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah??
Maka, apa yang saya dapat kongsikan, Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Islam telah menyediakan pelbagai uslub untuk memperbetulkan keadaan tanpa mewujudkan kemarahan! Andai kita terlalu marah, habis segala sifat kita akan keluar. Masa itulah orang akan nampak bagaimana diri kita pada hakikatnya.

6)
Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah??
Maka, apa yang saya dapat kongsikan, Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Islam telah menyediakan pelbagai uslub untuk memperbetulkan keadaan tanpa mewujudkan kemarahan! Andai kita terlalu marah, habis segala sifat kita akan keluar. Masa itulah orang akan nampak bagaimana diri kita pada hakikatnya.
No comments:
Post a Comment