Followers

Friday 5 October 2012

Erti di sebalik sebuah HARAPAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih terus diberi nikmat dalam menaburi ilham di hamparan seni Azzukruf. Semoga ianya bernilai Ibadah. Amin.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Setelah titisan air mata pasti ada senyuman
Dan
 setelah malam pasti akan datang siang.
Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu,
pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi
dan
segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah s.w.t."

Seusai solat maghrib tadi, saya tergerak untuk mengadakan liqo’muhasabah diri bersama adik bongsu saya. [Itu sahaja teman yang saya ada di waktu ini..Memandangkan, yang lain semuanya ke masjid..][Minggu ni minggu adik-adik saya yang berada di asrama pulang ke rumah] Barangkali, ada hikmah liqo’ saya kali ini Allah takdirkan dengan si kecil berusia 13 tahun.

"Ketahuilah adikku, engkau jua sebahagian daripada amanahku..."

Perkara pertama saya sentuhkan padanya adalah tentang diri kami sendiri, iaitu WANITA.  Kenapa saya bawakan isu ini? Kerana…..Saya nak adik saya betul-betul menghargai dirinya sebagai seorang muslimah! Saya mengharapkan dia benar-benar memahami bahawa dirinya bukan sekadar seorang wanita, namun lebih kepada seorang MUSLIMAH.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah WANITA SOLEHAH

Cukup menyedihkan apabila melihat wanita-wanita di luar sana semakin meruntun akhlak mereka. Maka, saya terfikir untuk menyedarkan adik saya tentang pentingnya ajaran Islam sedari kecil lagi. Tatkala ini, saya tertarik untuk cuba mempraktikkan "melenturi buluh biarlah daripada rebungnya". Semoga Allah mendengarnya ;)

Lalu, saya katakan pada sik kecil ini, “…adik [panggilannya di rumah, jelous betul, hi3], mak dan abah dah didik kita dengan didikan yang betul. Jadi, bila mak dan abah suruh adik solat, suruh adik makan dengan elok, suruh adik buat kerja sekolah, suruh adik tutup aurat dan suruh mcm2 lagi, adik jangan lawan! Itu semua untuk kebaikan adik di masa hadapan….”

Saya lihat, dia hanya merenung ke bawah. Entah apa yang difikirkan tatkala itu.. Mungkin tidak sangka yang kakaknya akan berbicara soal itu. Kebiasaannya, kami lebih suka bercakap tentang hal yang berkaitan dengan kerja sekolahnya, aktiviti di sekolahnya, kawan2nya..

Saya katakan lagi padanya, …."adik perlu bersyukur dengan kehidupan adik sekarang…Ada mak, ada abah, ada kakak, ada abang, ada rumah, ada kereta, ada makanan yang cukup..& bla..bla..” Saya sungguh2 tekankan tentang hal ini kerana saya nak adik saya benar2 menjadi seorang hamba yg bersyukur ! Biarlah sedari kecil, dia mengenal apa itu erti bersyukur!

Saya ajak adik saya renung same2 hakikat apa yang terjadi pada dunia sekarang ini. Di hospital sudah beribu-ribu orang menderita sakit, di penjara beribu-ribu orang ditahan, di rumah sakit jiwa ramai orang yang kehilangan akal, di palestin ramai yang mati menderita kelaparan, & bla..bla..

Maka, saya nak dia tahu bahawa dia di usia ini masih selamat, terlindung dalam keadaan baik, tenteram, aman dan damai. Sambung saya lagi .."Bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmatNya ya adik.Janganlah banyak menghabiskan waktu adik dengan perkara2 yang tidak diredhai oleh Allah….” Harap dia mengerti kerana saya kira usianya waktu ini sudah mumayyiz, sudah tahu membeza di antara yang baik dan yang buruk.

Untuk menghidupkan lagi suasana liqo’ kami, saya bacakan padanya sepotong ayat Al-Quran dari surah An-Nahl, ayat 97 :

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan,
Sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan
Menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan
memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka
telah kerjakan".


Saya nak adik saya faham dan tahu apa itu erti ganjaran di sisi Allah s.w.t. Saya katakan padanya, jika kita buat baik, Allah bagi ganjaran, Allah bagi pahala, Allah bagi syurga. Semoga dia mengerti tentang semua ini..

Dan untuk akhirnya, saya tinggalkan sedikit pesanan untuk si kecil ini, mudah-mudahan dia memahami apa yang ingin saya cuba sampaikan sebenarnya..


Ketahuilah duhai adikku sayang, kita kini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. Duhai adikku, tingkatkanlah ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan kita meraih komoditi yang tidak terbanding nilaiannya. Adikku sayang, percayalah.. Kita semua punya harapan untuk AL-JANNAH! Yakni syurga yang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah..


Demi Allah, atas kasih sayang aku kepadamu duhai adikku, aku sampaikan semua ini.. Hanya kerna, aku ingin dikau merasai bagaimana hakikat HALAWATUL IMAN di dunia waima di akhirat!




Kita sibuk, lantaran waktu yang suntuk..
Kita celaru, lantaran waktu yang cemburu..
Kita kecamuk, lantaran waktu yang kalut..
Kita bebas, lantaran waktu yang pantas..

Namun hakikatnya..

Allah hanya minta waktu lima kali sahaja
Sehari semalam untukNya..
Allah hanya panggil bila azan berbunyi,
Juga Cuma lima kali sehari semalam..
Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk kita berdoa kepadaNya..
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk kita menambah amalan
menghadapNya..

Jadi mengapa persis Allah member waktu yang tidak cukup..
Sedangkan waktu itu adalah milik Allah seluruhnya..

Tepuk dada, berbicaralah dengan IMAN masing-masing..

No comments:

Post a Comment